Thursday, 10 November 2016

Aktiviti Menarik

 AKTIVITI-AKTIVITI MENARIK

 Selain melancong,pelbagai aktiviti-aktiviti yang menarik boleh kita lakukan di Perak.banyak tempat yang kita boleh melakukan aktiviti riadah ataupun bersukan bersama-sama yang tersayang bagi mengeratkan hubungan silaturahim diantara kita dan juga banyak faedah yang boleh kita dapat selain dapat menyihatkan anggota badan kita.Hal ini kerana,sukan memainkan peranan penting buat kita dalam melakukan aktiviti riadah.Di Perak banyak aktiviti yang boleh kita lakukan apabila kita melancong seperti berkayak,jungle tracking,haking, dan juga sebagainya..contoh dibawah adalah seperti berikut.jom kita lihat kawan-kawan.

 

Gunung dan Gua

Tempat-Tempat Menarik di Perak
Tempat-Tempat Menarik di Perak
-Bukit Damar
-Bukit Gadang
-Bukit Kabut
-Bukit Ulu Laho
-Gunung Besar
-Gunung Biong
-Gunung Bubu
-Gua Kandu
-Gunung Chabang
-Gunung Chingkai
-Gunung Gayong
-Gunung Inas
-Gunung Lang
-Gunung Korbu
-Gunung Larut
-Gunung Ulu Jernih
-Gunung Ulu Soh
-Gua Tempurung
-Hutan Lipur Ulu Kinta
-Hutan Simpan Belum



Tapah

Tempat-Tempat Menarik di Perak
Tempat-Tempat Menarik di Perak
-Perkampungan Orang Asli, di Batang Padang
-Hutan Rekreasi Kuala Woh, di Tapah
-Air terjun Lata Iskandar, di Tapah
-Air terjun Lata Kinjang, di Tapah
-Air terjun Lata Sungai Bil, di Tapah




Tambun

Tempat-Tempat Menarik di Perak
Tempat-Tempat Menarik di Perak
-Gua Tambun, di Tambun
-Kolam Air Panas Tambun, di Tambun
-Air Terjun Tanjung Rambutan, di Tanjung Rambutan
-Lost World of Tambun, di Tambun, Ulu Kinta



Gerik

Tempat-Tempat Menarik di Perak
Tempat-Tempat Menarik di Perak
-Lembah Belum, di Gerik
-Tasik Temenggor, di Gerik
-Gunung Kenderong, di Gerik
-Air terjun Tanjung Kala, di Gerik
-Gua Gendang, di Hulu Perak



Taiping

Tempat-Tempat Menarik di Perak
Tempat-Tempat Menarik di Perak
-Bukit Larut (Maxwell Hill), di Taiping
-Kediaman Residen British, di Taiping
-Taman Tasik Taiping, di Taiping
-Muzium Perak, Taiping, di Taiping
-Zoo Taiping, di Taiping
-Burmese Pool di Taiping
-Tanah Perkuburan Perang Taiping di Taiping
-Taiping Equine Park di Taiping
-Kompleks Sejarah Kota Ngah Ibrahim di Taiping
-Port Weld, Kuala Sepetang di Taiping
-Paya Bakau Daerah Kerian di Taiping
-Santuari Burung Kuala Gula di Taiping
-Pantai Ban Pecah di Taiping



Teluk Intan

Tempat-Tempat Menarik di Perak
Tempat-Tempat Menarik di Perak
-Limbungan Bot Teluk Intan, di Teluk Intan
-Menara Jam Condong Teluk Intan, di Teluk Intan

Tempat Menarik

Tempat Menarik Di Perak | TEGUH


Tempat Menarik Di Perak Yang Patut Anda Tahu

Terdapat pelbagai tempat menarik di Perak yang anda perlu tahu kerana Perak adalah negeri kedua terbesar yang merangkumi 8 daerah di dalamnya. Dengan jumlah penduduknya seramai 2.5juta, Perak merupakan destinasi pilihan para pelancong luar dan dalam negara.

Sekarang saya akan senaraikan tempat menarik di Perak yang saya cadangkan untuk anda kunjungi jika anda bercadang untuk mengunjungi negeri Perak di masa akan datang.

Art Of OldTown (Ipoh Street Art)

Ipoh, selaku ibu negeri ia masih mengekalkan cara tradisional iaitu dari segi reka bentuk dan struktur bandar nya. Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di Ipoh.  Ipoh juga terkenal dengan pelbagai tempat makan menarik.
Terbaru, Ipoh mulai terkenal dengan tarikan terbaru nya iaitu Street Art atau Seni Lukis Jalanan yang terdapat pada dinding bangunan sekitar Ipoh. Pelbagai lukis dinding jalanan atau mural anda dapat lihat di dinding bangunan di Ipoh. Antara nya seperti di bawah ini:
Tempat Menarik Di Perak | TEGUH


Alamat:
1. A Paper Plane (4.598776 N, 101.077827 E)
2. An Old Uncle Drinking Coffee (4.59843 N, 101.078542 E)
3. A Yellow Hummingbird (4.596715 N, 101.078483 E)
4. A ‘Kopi’ Break (4.596771 N, 101.078612 E)
5. A Bag Of Coffee (4.595918 N, 101.078195 E)
6. Girl On A Wall In Bandar Timah (4.59691 N, 101.078152 E)
7. Old Town Relives Nostalgia With Trishaw (4.59531 N, 101.078511 E)
8. Tin Mining Town With Chinese-Style Painting (4.5964 N, 101.079252 E)

Menara Condong Teluk Intan

Tempat Menarik Di Perak | TEGUH
Antara tempat menarik di Perak yang anda harus pergi ialah Menara Condong Teluk Intan. Menara Jam Condong di Teluk Intan ini telah menjadi mercu tanda Teluk Intan dan Perak. Leong Choon Cheong atau Ah Cheong ialah arkitek yang betanggungjawab membina menara ini, beliau mendapat ilham membina dengan reka bentuk demikian berdasarkan bangunan pagoda di Negara China. Mendapat julukan Menara Condong kedua di dunia selepas Menara Pisa di Itali, Menara ini boleh dikatakan sama popular dengan Menara Condong Pisa di Itali itu.  Sekarang di 2016, menara yang berusia 131 tahun ini masih tersergam kukuh bagai tidak dimakan dek usia. Menara ini dibina pada tahun 1885. Ia memiliki ketinggian setiggi 85 kaki dan ada 110 anak tangga.
Menara ini sebenarnya dibina untuk menjadi tempat takungan air sebelum adanya tangki air di Changkat Jong. Bangunan tiga tingkat ini dilengkapi dengan jam besar. Kini menara ini tidak digunakan lagi dan hanya menjadi tarikan pelancong yang mengunjungi bandar Teluk Intan. Pada tahun 1895, Teluk Intan telah dilanda musibah banjir besar sehingga menara ini tenggelam. Banjir yang berlaku dengan bebanan air yang berat dipercayai punca menara ini mula condong ke arah Barat.
Alamat:
Jalan Pasar, Pekan Teluk Intan, 36000, Teluk Intan, Perak, Malaysia

Bukit Larut (Maxwell Hill)

Tempat Menarik Di Perak | TEGUH
Dikenali sebagai Maxwell Hill suatu ketika dahulu, ianya diasaskan pada tahun 1884 oleh William Edward Maxwell , British Penolong Residen Perak. Bertempat di ketinggian 1250 meter di atas paras laut, ia adalah paling tempat basah di Malaysia , dengan catatan hujan tahunan lebih 500 cm. Suhu di sini adalah sekitar 15 darjah selsius pada awal pagi dan lewat petang, mencecah kepada 10 darjah selsius pada waktu malam.
Bukit Larut telah menjadi salah satu pusat peranginan di tanah tinggi yang popular di Malaysia. Aktiviti utama yang boleh dilakukan di Bukit Larut adalah mendaki. Ramai orang tempatan dan pelancong datang ke Bukit Larut ini untuk mendaki. Dengan jalan sejauh 10KM naik dan 10KM turun, pengunjung boleh mendaki berjalan atau menaiki kenderaan yang disediakan. Hanya 100 tiket yang dijual pada setiap hari dan hujung minggu dan mengikut jadual naik kenderaan sahaja. Harga tiket untuk dewasa ialah RM6 seorang dan RM3 kanak-kanak.
Terdapat pelbagai resort atau banglo yang anda boleh disewa jika anda berniat untuk menginap di sana. Anda dan keluarga boleh lah menginap dan merasai suasana yang aman serta sejuk dan dingin di atas sana sambil menikmati keindahan alam semulajadi.
Alamat:
Pejabat Hutan Daerah Larut & Matang,
34000 Taiping, Perak
Harga:
Untuk info harga Resort dan penginapan boleh lihat di laman web ini Bukit Larut Office
Website: Bukit Larut Office
Telefon: 05-807 7241/ 7243

Gua Tempurung

Tempat Menarik Di Perak | TEGUH
Tersenarai antara tempat menarik di Perak saya, Gua Tempurung ini pertama kali dikenal pasti pada tahun 1887 di Peta Perak Melayu Semenanjung, yang menunjukkan gunung dieja sebagai “Gunong Tempoo Rong“. Jabatan Mineral dan Geosains anggaran usia pembentukan batu dalam bidang Gua Tempurung menjadi antara 250 dan 400 juta tahun.
Gua Tempurung adalah gua batu kapur terbesar di Semenanjung Malaysia dengan panjang keseluruhan gua yang sedang 4.5km, manakala bahagian yang boleh diakses kepada orang ramai kira-kira 1.9km. Gua ini mengandungi sungai bawah tanah 1.6km panjang. Laluan pejalan kaki telah dibina dalam beberapa bahagian gua menjadikannya mudah bagi pengunjung untuk bersiar-siar sambil menikmati pemandangan air terjun bawah tanah yang indah dan stalaktit loket tergantung dari stalagmit bumbung.
Terdapat pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan di Gua Tempurung ini. Aktiviti paling diminati adalah lawatan ataupun “Tour“. Terbahagi kepada 4 jenis tour iaitu “Golden Flowstone”, “Top of The World”, “Top of The World & River Adventure” dan “Grand Tour”. Anda boleh lah lihat sendiri dengan lebih maklumat di laman web mereka disini www.guatempurung.my.
Boleh lah anda dan keluarga atau sahabat anda yang ingin kan pengembaraan pengembaraan di dalam gua datang ke sini. Saya amat sarankan. Aktiviti yang disediakan amat menyeronokkan. Jangan lupa bawa baju lebih kalau nak ke sini.
Tempat Menarik Di Perak | TEGUH
Alamat:
Pusat Pelancongan Gua Tempurung, 31600 Gopeng, Perak Darul Ridzuan, Malaysia.
Website: www.guatempurung.my
Telefon:
Ayu – 017 527 1926
Pn Sharifah – 012 529 2426
Shahril – 012 554 9830

Kellie’s castle

Tempat Menarik Di Perak | TEGUH

Kellie’s Castle dikenali juga sebagai Rumah Kellas, dibina pada sekitar tahun 1910 oleh William Kellie Smith yang merupakan seorang peladang getah terkemuka British di Tanah Melayu pada ketika itu. Pada tahun 1915, bagi meraikan kelahiran anak lelaki mereka Anthony, William Kellie Smith telah memutuskan untuk memperluaskan lagi kediamannya. Beliau telah membuat perancangan untuk membina sebuah istana besar yang akan menjadi sebahagian daripada Rumah Kellas (Kellas House), sempena rumahnya di Scotland.
Istana yang diimpikan ini tidak dapat disiapkan setelah William Kellie Smith meninggal dunia pada usia 56 tahun di Pelabuhan Lisbon, Portugal akibat radang paru-paru pada 11 Disember 1926. Setelah kematian William, Agnes telah meninggalkan Tanah Melayu dan menjual segala harta milik mereka, termasuk istana tersebut, lalu mengarahkan pembinaannya tidak diteruskan dan dibiarkan begitu sahaja, maka pembinaan Kellie’s Castle diberhentikan pada tahun 1926.
Bagi anda yang ingin berkunjung dan melihat sendiri betapa cantik nya binaan Istana ini boleh lah bawa keluarga dan sahabat ke sini. Mengikut pengalaman, saya boleh nasihatkan anda supaya bawa payung jika datang ke sini. Maklumlah cuaca agak panas kan.
Tempat Menarik Di Perak | TEGUH
Alamat:
Kellie’s Castle, 31000 Batu Gajah, Perak, Malaysia
Harga Tiket:
Dewasa : RM5.00 (MyKad) & RM10.00 (Non-MyKad)
Kanak-kanak (4 – 12 Tahun): RM3.00 (MyKad) & RM8.00 (Non-MyKad)
Warga Emas (60 tahun dan ke atas): RM4.00
Kumpulan (min 20pax): RM4.00 (MyKad) & RM9.00 (Non-MyKad)
Telefon:
05-365 3381

Sam Poh Tong temple (Cave Temple)

 Tempat Menarik Di Perak | TEGUH
Sam Poh Tong Temple ialah sebuah “Chinese Buddhist Temple” terbina di dalam sebuah gua batu kapur di dalam gunung yang terletak lebih kurang 5km dari bandar Ipoh.. Ia nya adalah sebuah tokong tertua dan paling terkenal di Perak. Bagi penganut Buddha, tokong ini adalah salah satu antara tempat menarik di Perak yang anda perlu pergi.
Dikatakan Tokong ini dibina oleh seorang sami dari China pada tahun 1890an yang telah datang ke Ipoh. Dia ternampak gua ini dan ingin dijadikan rumah dan  tempat meditasi. Sehingga hari ini, masih ramai sami Buddha berada di sana untuk bermeditasi.
Di dalam Tokong Gua Sam Poh Tong ini terdapat sebuah patung Buddha emas yang sedang duduk yang amat besar. Dengan ketinggiannya 40 meter, Ia adalah tarikan utama di dalam Tokong ini. Terletak di sebelah nya ialah 4 patung penjaga yang dikatakan dewa-dewi untuk nya
Tempat Menarik Di Perak | TEGUH
Reka bentuk tokong ini yang begitu cantik tersergam menjadikan ia nya tarikan pelancong. Dekorasi taman nya adalah menggunakan batu tanglung Jepun dan Pagoda untuk menambahkan kecantikan dan keindahan taman nya. Dinding gua dihiasi dengan mural berwarna-warni yang menggambarkan watak-watak dan peristiwa-peristiwa dari Mitologi Cina dan kitab-kitab Buddha. Ramai pelancong luar dan dalam negara sama ada penganut Buddha atau tidak telah datang untuk melihat sendiri tokong ini. Tokong ini juga menawarkan pelancong peluang untuk melepaskan kura-kura ke dalam kolam kura-kura sebagai satu upacara untuk “mengimbangi karma” seseorang
Alamat:
Sam Poh Tong, Gunung Rapat,
31350 Ipoh, Perak, Malaysia
Telefon:
05 – 2552 772

Zoo Taiping & Night Safari

 Tempat Menarik Di Perak | TEGUH
Zoo Taiping adalah tempat menarik di Perak yang sesuai untuk dijadikan tempat percutian keluarga anda. Anak-anak kecil mesti amat gembira jika anda bawa ke zoo ini. Mereka bakal melihat dan belajar mengenai kehidupan haiwan-haiwan. Pelbagai aktiviti juga disediakan oleh pihak zoo seperti persembahan haiwan dan masa beri makan kepada haiwan.
Taman Mergastua Sultan Idris Shah atau lebih dikenali sebagai Zoo Taiping adalah satu-satunya zoo yang terletak di sebelah utara Semenanjung Malaysia. Berkeluasan 34 ekar ini, Zoo Taiping telah memulakan satu pembaharuan dengan memperkenalkan pameran haiwan dengan menggunakan konsep terbuka. Ia diperkenalkan dengan mengambilkira habitat asal haiwan tersebut. Zoo Taiping mempunyai keistimewaannya yang tersendiri dengan terletaknya di kawasan semulajadi di Taman Tasik Taiping berhampiran kaki Bukit Larut (Maxwell Hill). Zoo Taiping merupakan habitat kepada 1300 ekor binatang yang terdiri daripada 180 spesis. Perkhidmatan Keretapi Mini Zoo juga disediakan percuma.
Night Safari Taiping merupakan yang pertama seumpamanya di Malaysia. Keindahan dan keaslian alam semulajadi semakin indah apabila dibayangi cahaya di waktu malam. Dalam usaha untuk mengekalkan sumber-sumber alam semulajadi. Night Safari Taiping mempamerkan hidupan-hidupan liar yang aktif pada waktu malam dalam suasana semulajadi. Ini memberi peluang kepada pelawat untuk menghayati dan menghargai khazanah alam semulajadi sambil berhibur serta menenangkan fikiran. Perkhidmatan Keretapi Mini Night Safari juga disediakan percuma.
 Tempat Menarik Di Perak | TEGUH
Alamat:
Jalan Taman Tasik Taiping, 34000 Taiping, Perak
Harga Tiket (Zoo Taiping):
Dewasa: RM16.00
Kanak-Kanak: RM8.00
Harga Tiket (Night Safari):
Dewasa: RM20.00
Kanak-Kanak: RM10.00
Waktu Operasi:
Zoo Taiping:
08:30am – 06:00pm (Setiap Hari)
Night Safari:
08:00pm – 11:00pm (Isnin – Jumaat)
08:00pm – 12:00pm (Sabtu -Ahad)
Website: Zoo Taiping & Night Safari
Telefon: 05 – 8086 577

Lost world tambun

Tempat Menarik Di Perak | TEGUH
Antara tempat menarik di Perak terletak di Tambun, tempat yang berdekatan dengan bandar Ipoh, Sunway Lost World Of Tambun adalah sebuah taman tema yang diterajui oleh Sunway Company. Dibuka pada November 2004, dengan anggaran perbelanjaan RM60 juta ianya adalah taman tema semulajadi yang terbesar di Malaysia
Di Lost World of Tambun ini bukan sahaja terkenal dengan taman tema air di Lost World Water Park dan Porcupine Trail. Ada juga banyak tempat lain untuk kita jelajahi antaranya:
  • Lost World Amusement Park – Anda boleh mencuba menaiki permainannya seperti roller coaster dan sebagainya.
  • Lost World Swan Lake kita – Anda boleh bagi ikan makan, berkayak dan bermain bot kayuh berbentuk swan. Harga sewa bot Rm5.00/orang
  • Lost World Tin Valley kita dapat melihat keadaan Tambun pada masa dahulu terkenal dengan pelombongan tin.
  • Lost World Petting Zoo dan Lost World Animal Care Centre  – Ini adalah mini zoo, anda boleh lihat semua haiwan dari 55 spesis di sini. Ambil tahu juga masa show mereka:Raccoon Feeding Show : 12.00 pm
    Tortoise Feeding Show  : 2.00 pm
    Wild Feeding Show       : 3.30 pm
  • Lost World Tiger Valley –  Saksikan pelbagai jenis kucing dan harimau yang jinak menghiburkan hati. Jangan terlepas aksi menarik penjaga memberi makan kepada harimau.Tiger Feeding Show: 3.00pm & 4.00pm
  • Lost World Adventure Park – Bagi anda yang meinati aktiviti lasak, ini adalah untuk anda.
  • Hotspring & Spa By Night – Nikmati malam anda bersama keluarga dan sahabat anda di kolam air panas ini
Disini juga menyediakan hotel. Pelbagai jenis bilik disediakan mengikut anda punya kesesuaian. Anda boleh menempah bilik di laman web Lost World of Tambun seperti yang tertera di bawah
Tempat Menarik Di Perak | TEGUH
Alamat:
No.1, Persiaran Lagun Sunway 1, Sunway City Ipoh,
31150 Ipoh, Perak
Waktu Operasi:
Lost World of Tambun:
11.00 am – 06.00 pm (Isnin – Jumaat )
10.00 am – 06.00 pm (Sabtu – Ahad )
Lost World Hot Spring and Spa:
06:00pm – 11:00pm (Setiap Hari)
Crystal Spa:
03.00 pm – 11.00 pm (Setiap Hari) (Kecuali Selasa 06.00 pm – 11.00 pm)
Harga Tiket (Lost World of Tambun):
Dewasa: RM56.00
Kanak-Kanak: RM49.00
Kanak-kanak di bawah 90cm Percuma
Harga Tiket (Lost World Hot Spring and Spa):
Dewasa: RM24:00
Website: Lost World Of Tambun
Telefon: 05 542 8888 / 05- 540 8888 (Hotel)

Gerai makanan yang menarik

Tempat Makan Yang Menarik Yang Perlu Kita Kunjungi

Tidak kira di mana sahaja anda berada, bercuti atau sebagainya, pasti anda akan mencari restoran atau kedai yang menjual pelbagai jenis makanan enak untuk anda nikmati. Apatah lagi kalau anda sedang bercuti ke sesuatu tempat yang anda tidak pernah atau tidak sering lawati. Jika negeri Perak ada dalam senarai lokasi yang ingin anda lawati, terdapat beberapa lokasi tempat makan yang harus anda kunjungi dan boleh di jadikan panduan.

#1 Nasi Vanggey Greentown

Greentown Business Centre, 30450 Ipoh
Jika menyebut Ipoh, tiada makanan yang lebih popular selain daripada nasi vanggey. Nasi Vanggey amat berkuasa di Ipoh setaraf pengaruh nasi kandar di Pulau Pinang. Turut dikenali sebagai nasi ganja, nasi vanggey ini tidak popular tanpa sebab kerana sajiannya amat menakjubkan. Tanyalah kepada sesiapa sahaja, ayam gorengnya tiada tandingan. Malahan ayam goreng rosnya dianggap lagenda dan berada dalam kelas yang tersendiri. Ayam madunya juga dikatakan sangat sedap.

Nasi Vanggey Ipoh
Nasi Vanggey Ipoh
Nasi Vanggey Ipoh

Selain nasi dan lauk pauknya, restoran ini turut menghidangkan pelbagai lagi menu dan roti naan antara satu lagi hidangan yang dianggap terbaik. Ada yang tanpa ragu-ragu menyifatkan roti naan di sini sebagai antara yang terbaik di Ipoh. Pilihan utama pastinya roti naan cheese yang amat memikat selera.
 Minuman di sini juga turut setanding makanannya terutamanya teh tiga lapis yang menjadi buah mulut pengunjung di sini. Malahan milo ais serta teh tariknya amat pekat dan berperisa. Selain itu suasana premis ini amat sesuai untuk melepak dan bersenang-senang sambil menonton bolasepak.
Namun, harganya dianggap sedikit mahal dan servisnya juga tidak begitu memuaskan berbanding kos yang perlu dibayar pelanggan. Mungkin sesuatu perlu diperbaiki untuk menarik lebih ramai pelanggan. Oh, ini bukan kata kami, ini berdasarkan pelanggan dan beberapa review yang diterima. Apapun, Restoran Nasi Vanggey di greentown ini sudah menjadi sebutan sesiapa sahaja yang mengunjungi Ipoh.

#2 Mee Kari Daud Mat Jasak

Jalan Datuk Onn Jaafar, Taman Jubilee, 30300 Ipoh
Ipoh juga turut memiliki keunikan makanan yang tersendiri yang jarang didapati di tempat lain seperti mee kicap dan juga mee kari Ipoh yang popular di seluruh negara. Kini dengan mudah anda akan mendapati peniaga mee kari akan meminjam frasa mee kari ipoh untuk melambangkan kualiti mee kari yang dijual. Tetapi mee kari ipoh amat “authentic” dan mempunyai aura yang tersendiri.
Restoran Daud Mat Jasak merupakan penyaji mee kari yang dikatakan terbaik di Ipoh malahan pengunjung dari luar sanggup menempuh kesesakan lalulintas Ipoh untuk mencari restoran ini. Dengan komponen-komponen mee kari yang lengkap seperti ‘fishball’, tauhu serta kuah yang pekat dan lemak, sesiapa saja pasti mudah tertawan dengan rasanya walaupun sedikit muak jika dimakan dalam kuantiti yang banyak. Memang terbaiklah mee kari Hj Daud Mat Jasak ini.

Mee Kari Hj Daud Mat Jasak
Mee Kari Hj Daud Mat Jasak
Mee Kari Hj Daud Mat Jasak


Selain mee kari, mee kicap turut menambah keunikan restoran ini. Mee kicap amat popular di Ipoh dan menu ini sukar dicari di tempat lain. Penggemar kicap pasti sekali tidak akan melepaskan menu ini yang memang sedap dan berperisa.
Biasanya mee kicap disajikan dengan yong taufu sup dan komponen yong taufu itu boleh dipilih sendiri. Malah yong taufu sup juga merupakan menu di restoran ini dan anda boleh memesannya sendiri.
 Mee sup juga merupakan antara menu yang turut memikat. Selain mee, isinya boleh digantikan dengan bihun ataupun kueyteow. Terdapat kueyteow kari, kueyteow sup dan juga kueyteow kicap selain bihun. Jika anda ke Ipoh, pastinya kunjungan ke restoran ini bukanlah satu tindakan yang akan merugikan.

#3 Restoran Simpang Tiga

D – G, Greentown Square, Jalan Dato Seri Ahmad Said, 30450, Ipoh
Tinggalkan seketika makanan ‘signature’ Ipoh kerana kita akan meninjau makanan dari Sumatera yang mula bertapak di Ipoh. Restoran Simpang Tiga ini merupakan salah satu cawangan restoran tersebut yang berpusat di Medan. Malahan satu-satunya cawangan mereka di Malaysia buat masa ini.
Restoran ini menyajikan nasi padang terbaik dan pastinya resipinya adalah ‘essential’ dari Padang. Melihat dari luar, restoran ini kelihatan begitu mewah dan anda akan mengagak bahawa harganya pasti mahal dan membebankan, tetapi melangkah masuk ke dalam, anda pasti akan rasa selesa dan serasi dengan suasananya. Melihat hiasan dalamannya dan pakaian para pekerjanya, anda terasa seolah-olah berada di Medan malahan pekerjanya juga sememangnya berasal dari sana.

Restoran Simpang Tiga Ipoh
Restoran Simpang Tiga Ipoh
Kredit gambar : Restoran Simpang Tiga
Bukan itu saja, makanannya juga enak dan memukau. Dengan rak yang dipenuhi pelbagai jenis lauk pauk masakan padang, pasti memilih sesuatu yang memenuhi citarasa anda adalah satu isu besar di sini. Semuanya enak dengan rasa yang tersendiri. Pilihan utama di sini adalah ayam bistik dan juga bergedil serta ayam goreng pop.
Malah bermacam lagi lauk pauk yang tersedia. Selain itu terdapat juga set ayam penyet, set nasi ikan kembung dan sebagainya. Nasi padang juga pasti tidak lengkap tanpa sambal-sambal yang mampu mendorong deria rasa kita ke tahap tertinggi.
 Restoran ini turut menawarkan khidmat majlis keramaian seperti perkahwinan dan sebagainya.  Suasana yang amat selesa ini menjadikan apa yang kita bayar amat berbaloi ditambah dengan kemudahan yang lengkap serta keramahan dan kecantikan pekerjanya.

#4 Restoran Mee Rebus Ramli

No. 767 , Taman Tasik Jaya, Jalan Kuala Kangsar, 31400 Ipoh
Mee rebus Ramli sememangnya satu nama yang tidak perlu diperkenalkan di sekitar Ipoh dan utara malah menjangkau sehingga ke Lembah Kelang untuk sesiapa yang pernah menikmatinya. Ramai yang menganggap inilah mee rebus sebenar dan yang terbaik di Malaysia.
 Dengan kuahnya yang pekat dan amat sedap berserta cucur yang rangup itu menyerlahkan rasa mee rebus yang amat kuat. Perahan limau nipis akan menambahkan rasa masam yang akan melonjakkan selera setiap individu yang menikmatinya terutamanya mereka yang memang penggemar mee. Ada pelanggan menyifatkan mee rebus Ramli ini bukan saja sedap tetapi sangat sedap dan berada dalam taraf “royal”.

Mee Rebus Ramli Ipoh
Mee Rebus Ramli Ipoh
Kredit gambar : Azim
 Selain mee rebus, restoran ini turut menghidangkan menu lain yang pelbagai bermula daripada menu “savoury” yang lain seperti asam laksa, nasi ayam sehinggalah kepada makanan Barat yang juga tidak kurang hebatnya. Minumannya juga amat baik setaraf kualiti mee rebusnya.
 Akan tetapi atas nama restoran mee rebus, pastinya mee rebus adalah menu pilihan utama di sini.

 #5 Medan Selera Taman Kanak-Kanak

Jalan Dato Tahwil Azhar, Ipoh
Jika bersiar-siar di Ipoh dan anda mencari tempat makan yang terbaik, Medan Selera Taman Kanak Kanak (TKK) ini mungkin satu tempat yang amat sesuai untuk dikunjungi. TKK ini memang terkenal di Ipoh kerana di sini terdapat beberapa makanan yang dianggap lagenda dan “marvellous” walaupun hanya terletak di medan selera.
Antara yang menjadi sebutan dan diburu pelanggan adalah popia basah SS Ali. Dengan kulit popia yang lembut dan sedap, ditambah dengan isinya yang padat dan amat sedap sangat mudah menjerat deria rasa kita. Walaupun dimakan begitu sahaja, popia ini amat sedap, tambahan pula dimakan dengan kuahnya yang amat berperisa dan sangat sedap.
Mungkin popia ini boleh dianggap yang terbaik di Ipoh malahan kini nama popia SS Ali sudah mula menular ke tempat lain. Anda tidak boleh meninggalkan Ipoh tanpa menikmati popia ini.
Medan SeleraTaman Kanak-Kanak
Medan SeleraTaman Kanak-Kanak
Medan SeleraTaman Kanak-Kanak
Medan SeleraTaman Kanak-Kanak
Satu lagi makanan yang bertaraf lagenda di TKK ini adalah satay endut. Ayam dan dagingnya di hiris nipis dan dibakar dengan garing selepas diperap dengan rempah ratus tersendiri yang amat sedap. Dengan bahagian luar yang garing dan isi yang masih berjus, pengalaman menikmati satay endut ini pastinya sukar anda lupakan dan anda pasti sekali lagi ke sini.
Kuahnya juga pekat dan menyerlah dengan rasa kacang dan cili serta cukup segala rasanya. Selain itu, turut terdapat makanan lain yang tidak kurang hebatnya seperti ABC Ah Seng, Sup Darus, Nasi Lemak Pandan serta Laici Kang yang juga menarik dan berbaloi dicuba.

#6 Man Yong Tau Foo

Gerai sisi di Restoran Pak Wan, Jalan Madrasah, Kg Sungai Tapah, Ipoh
Ipoh sememangnya terkenal dengan masakan cina atau Hainan yang begitu banyak membanjiri bandaraya ini. Yong tau foo adalah salah satu makanan yang menjadi ‘signature’ untuk Ipoh. Man Yong Tau Foo merupakan pilihan terbaik untuk yong tau foo halal di Ipoh. Gerai ini yang menumpang sisi sebuah kedai makan telah mencipta namanya yang tersendiri.
Dengan pilihan komponen yong tau foo terbaik dan segar dan kuahnya yang ala-ala kuah yong tau foo cina menjadikan Man yong tau foo menjadi kegemaran banyak penggemar yong tau foo. Rasa masam, manis dan pedasnya cukup untuk mengelakkan kita muak menikmatinya.
Man Yong Tau Foo Ipoh
Kredit gambar :  Imma
Sesuatu yang menjadi buah mulut adalah penampilan kedai ini yang disifatkan amat bersih. Semua bahan dan perkakasan dikendalikan dengan cermat dan kebersihan menjadi keutamaan. Jadi anda tidak akan ragu-ragu dan terganggu untuk mencuba keenakan yong tau foo di sini.

Peta dan Maklumat Syarikat pelancongan

TEMPAT MENARIK DI PERAK

NEGERI PERAK

Negeri Perak merupakan sebuah negeri di pantai barat semenanjung yang terbesar dan kalau bercakap bab
pelancongan, memang sangat banyak samaada tarikan pulau, tarikan hutan lipur ataupun taman tema.
 Tempat Pelancongan Di Perak. Apabila berbicara tentang ‘cuti-cuti’, pasti banyak tempat pelancongan menarik di tanahair bermain di fikiran anda.Anda pernah sampai ke negeri Perak?
Apa yang menarik di negeri itu? WOM.my mahu berkongsi keindahan beberapa desitinasi pelancongan di Perak yang mungkin akan membuatkan anda tidak sabar untuk bercuti ke sana.
Perak adalah sebuah negeri yang kaya dengan pelbagai khazanah alam. Memiliki budaya menarik, malah negeri seladang ini juga mempunyai pelbagai tempat – tempat yang menarik yang boleh dilawati. Keluasan negeri ini adalah 21,005  bersamaan dengan 6.4%.


Maklumat Syarikat Pelancongan



Nama Syarikat

Rhinoairiel Travel & Tours Sdn Bhd


Alamat
155A1, Jalan Raja Dr Nazrin Shah, Jalan Gopeng, KPP 30250, Ipoh, Perak., Ipoh, Perak, Malaysia

Telefon
05-2424666
05-2428666
05-2418999

Telefon Mudah alih
012-5556665

Fax
05-2423666

Laman Sesawang
www.rhinoairiel.com.my
Tahun Penubuhan 2011
Pekerja 16-25
Kod pendaftaran 972184-X
Pengurus Syarikat Encik Mohd Rashidi Bin Abdul Rahim



Nama Syarikat

Ipoh Secrets Tour


Alamat
101-2 Jalan Meru Bestari B2, Meru Raya Ipoh, Perak, Ipoh, Perak, Malaysia

Telefon Mudah alih
+60125212773

Laman Sesawang
www.ipohsecrets.com
Hubungi Orang
info@ipohsecrets.com
Tahun Penubuhan 2014
Pekerja 1-5



Nama Syarikat

Tropical Touch Tours & Travel Sdn Bhd

Alamat
No 3, Jalan Foo Yet Kai, Ipoh, Perak, Malaysia

Telefon
05-241 6688
 Fax
05-241 1466

Laman Sesawang
www.tropicaltouchtours.com


Nama Syarikat

An-Nur Poto Travel & Tours Sdn. Bhd.

Alamat
17A, Medan Gopeng 3, Medan Gopeng, Ipoh, Perak, Malaysia

Telefon
05-311 4500
Fax
05-312 1500



Nama Syarikat

Ipoh Golden Dragon Tours Sdn. Bhd.

Alamat
125, Jalan Raja Ekram, Ipoh, Perak, Malaysia

Telefon
05-255 1150
Fax
05-255 9311

Laman Sesawang
www.goldendragon.com.my

Wednesday, 9 November 2016

Tempat Penginapan

                                 Senarai Tempat Penginapan Untuk Pelancongan Di Perak

Perak ialah salah sebuah negeri di Malaysia yang mempunyai banyak tempat-tempat pelancongan menarik. Ia terkenal dengan pelancongan alam semulajadi, pantai dan pulau, taman tema serta beberapa tarikan lain. Jika anda ingin beristirehat, menenangkan diri dan melupakan bebanan tugas atau kekusutan fikiran, anda boleh memilih mana-mana lokasi yang sesuai dari senarai tempat menarik untuk percutian di Perak yang kami kongsikan dibawah.



Felda Residence Hot Springs

Felda Residence Hot Springs ialah lokasi percutian menarik bagi mereka yang ingin beristirehat dan keluar dari kesibukan kota. Ia merupakan salah satu tempat menarik di Perak yang sangat agak popular. Kawasan ini akan sesak dengan orang-ramai yang membawa keluarga masing-masing di musim cuti sekolah.



Berbagai kemudahan disediakan untuk pengunjung termasuk bilik penginapan yang cantik dan selesa, kolam mandi yang luas serta restoran untuk menjamu selera. Selain mandi di kolam air panas, Felda Residence Hot Springs turut menyediakan pusat spa dan kecantikan, perkhidmatan urutan serta sewa basikal kepada pengunjung.

Harga bilik 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM220.

Lokasi / Alamat:
Felda Residence Hot Springs
Sungai Klah,
35600 Sungkai,
Perak


Bandaraya Ipoh

Jika anda inginkan percutian yang lebih santai dan bebas, bandaraya Ipoh adalah destinasi pelancongan bandar yang mempunyai berbagai tarikan tersendiri. Ia sesuai dijadikan lokasi percutian keluarga atau bersendirian.



Selain itu, bandaraya ini juga mempunyai beberapa keistimewaan dan keunikan seperti koleksi lukisan mural yang terletak di dinding bangunan lama, bazar Memory Lane dan Gerbang Malam yang terletak di Jalan Tahwil Azhar serta menjamu selera di Restoran Nasi Ganja yang cukup terkenal. Untuk penginapan pula, banyak hotel boleh dipilih mengikut kesesuaian bajet anda


Belum Rainforest Resort

Jika anda pencinta alam semulajadi dan inginkan percutian yang menakjubkan, Belum Rainforest Resort yang terletak di Pulau Banding, Gerik adalah pilihan yang sempurna. Dengan suasana yang hening dan damai serta kehijauan hutan semulajadi dikelilingi tasik yang cantik, ia adalah lokasi paling menarik untuk anda beristirehat dan keluar dari kesibukan kota.


Aktiviti menarik yang boleh dilakukan disini ialah:
•Kayak dan kano disediakan untuk •menjelajahi pulau dan persekitarannya.
•Melawat Kampung Orang Asli di Kejar Hilir.
•Menyusur air terjun Ruok dengan bot.
•Memancing.
•Berkayak.
•Berbasikal.
•Perkhidmatan urutan.
•Pusat spa dan kesihatan.

Alamat:
Belum Rainforest Resort
Pulau Banding,
33200 Gerik,
Perak

Harga:
Harga pakej penginapan dan aktiviti untuk 3h2m bermula dari RM560.


Swiss-Garden Beach Resort, Damai Laut

Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut ialah resort menarik yang terletak di Lumut, Perak. Ia terkenal kerana mempunyai padang golf sendiri yang pernah memenangi anugerah dan pengiktirafan. Resort yang cantik ini dikelilingi kehijauan hutan semulajadi yang cukup mendamaikan.


Bilik-bilik penginapan berhawa dingin sepenuhnya dan dilengkapi balkoni yang luas. Fasiliti seperti tv satelit, mini bar, pembuat teh/kopi dan bilik mandi dengan pancuran air panas disediakan bagi keselesaan tetamu.

Aktiviti menarik yang boleh dilakukan disini ialah:
•Gelanggang tennis
•Padang golf
•Memancing
•Billiard
•Pingpong
•Berkanu / Berkayak
•Menunggang kuda
•Kemudahan sukan air
•Sauna
•Gymnasium
•Pusat spa dan kesihatan
•Perkhidmatan urutan
•Tub mandian panas/jakuzi
•Kawasan pantai peribadi
•Bilik permainan
•Taman permainan kanak-kanak
•Karaoke
•Kelab kanak-kanak

Alamat:
Swiss-Garden Beach Resort
Persiaran Swiss-Garden,
Jalan Damai Laut,
Teluk Senangin,
32200 Lumut,
Perak

Harga:
Harga 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM268.


Anjungan Beach Resort

Jika anda inginkan percutian yang lebih istimewa, Anjungan Beach Resort adalah lokasi yang cukup menarik di Pulau Pangkor untuk bercuti bersama orang tersayang. Ia adalah resort cantik yang menawarkan penginapan selesa dan menyeronokkan. Resort ini menggabungkan hiasan tropika dengan gaya kontemporari yang pasti memikat hati anda. Dengan kehijauan hutan semulajadi berhampiran dan hiasan lanskap yang cantik dalam kawasan resort, ia adalah destinasi sempurna untuk beristirehat menenangkan fikiran.


Kemudahan yang disediakan termasuk restoran, wifi percuma dan kemudahan bbq. Setiap bilik di Anjungan Beach Resort dilengkapi penghawa dingin, tv satelit, mini bar dan alat membuat teh/kopi. Bilik mandi pula mempunyai pancuran air panas dan alat pengering rambut. Pengunjung boleh bersantai di balkoni peribadi yang menawarkan pemandangan kolam renang atau taman. Untuk menikmati makanan pula, Gallery Café menyajikan sarapan tempatan dan barat yang pasti memenuhi citarasa anda.

Alamat:
Anjungan Beach Resort
6610 Nipah Bay,
32300 Pangkor,
Perak

Harga:
Harga bilik 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM268.


Coral Bay Resort

Coral Bay Resort ialah salah sebuah resort popular di Pulau Pangkor. Ia terletak berhampiran pantai Pasir Bogak. Resort ini dilengkapi dengan kolam renang, wifi percuma dan tempat meletak kereta. Bilik-bilik pula dilengkapi dengan penghawa dingin, tv, peti sejuk, pembuat teh/kopi dan bilik mandi peribadi dengan kemudahan pancuran mandian air panas.


Aktiviti menarik yang boleh dilakukan disini ialah:
•Memancing
•Berkayak
•Snorkeling
•Kemudahan sukan air
•Sauna
•Gymnasium
•Pusat spa dan kesihatan
•Perkhidmatan urutan
•Taman permainan kanak-kanak
•Kelab kanak-kanak

Alamat:
Coral Bay Resort
Lot 34, Pantai Pasir Bogak,
32300 Pangkor,
Perak

Harga:
Harga bilik 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM170.


Vikri Beach Resort

Resort lain yang ada dikawasan pantai Pasir Bogak ialah Vikri Beach Resort. Ia terletak ditepi pantai dan tidak jauh dari kaki bukit. Resort ini menyediakan bilik-bilik berhawa dingin yang dilengkapi tv, meja dan kerusi serta bilik mandi. Sesetengah bilik mempunyai balkoni untuk pengunjung bersantai. Anda pasti merasa tenang dikelilingi kehijauan pokok-pokok hutan semulajadi dan juga pantai cantik yang hanya terletak diseberang jalan. Kemudahan lain yang disediakan termasuk bbq, restoran dan aktiviti sukan air.

Alamat:
Vikri Beach Resort
Lot 6 & 7, Pantai Pasir Bogak,
32300 Pangkor,
Perak

Harga:
Harga bilik 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM130.


Puteri Bayu Beach Resort

Salah satu resort popular di Pulau Pangkor ialah Puteri Bayu Beach Resort. Ia menjadi pilihan ramai kerana lokasinya betul-betul ditepi Pantai Pasir Bogak. Jadi pelancong tidak perlu berjalan jauh untuk mandi laut, bersiar-siar ditepi pantai atau menikmati pemandangan menarik sambil minum petang.


Alamat:
Puteri Bayu Beach Resort
Pantai Pasir Bogak,
32300 Pangkor,
Perak

Harga:
Harga bilik 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM140.
Harga chalet 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM250.


Nipah Bay Villa

Nipah Bay Villa ialah sebuah resort popular untuk percutian bajet di Pulau Pangkor. Ia terletak di Pantai Teluk Nipah. Resort ini menawarkan bilik penginapan ekonomi hingga ke villa keluarga. Fasiliti yang disediakan termasuk bilik berhawa dingin, perabot asas, tv, bilik mandi dengan kemudahan air panas, kemudahan bbq, cafe dan wifi percuma. Makanan tempatan dan antarabangsa turut disediakan di Nipah Bay Villa Sidewalk Café yang selesa. 


Alamat:
Nipah Bay Villa
Lot 4442 & 4434, Teluk Nipah,
32300 Pangkor,
Perak

Harga:
Harga bilik 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM80.
Harga chalet 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM130.