Senarai Tempat Penginapan Untuk Pelancongan Di Perak
Perak ialah salah sebuah negeri di Malaysia yang mempunyai banyak tempat-tempat pelancongan menarik. Ia terkenal dengan pelancongan alam semulajadi, pantai dan pulau, taman tema serta beberapa tarikan lain. Jika anda ingin beristirehat, menenangkan diri dan melupakan bebanan tugas atau kekusutan fikiran, anda boleh memilih mana-mana lokasi yang sesuai dari senarai tempat menarik untuk percutian di Perak yang kami kongsikan dibawah.
Felda Residence Hot Springs
Felda Residence Hot Springs ialah lokasi percutian menarik bagi mereka yang ingin beristirehat dan keluar dari kesibukan kota. Ia merupakan salah satu tempat menarik di Perak yang sangat agak popular. Kawasan ini akan sesak dengan orang-ramai yang membawa keluarga masing-masing di musim cuti sekolah.
Berbagai kemudahan disediakan untuk pengunjung termasuk bilik penginapan yang cantik dan selesa, kolam mandi yang luas serta restoran untuk menjamu selera. Selain mandi di kolam air panas, Felda Residence Hot Springs turut menyediakan pusat spa dan kecantikan, perkhidmatan urutan serta sewa basikal kepada pengunjung.
Harga bilik 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM220.
Lokasi / Alamat:
Felda Residence Hot Springs
Sungai Klah,
35600 Sungkai,
Perak
Felda Residence Hot Springs
Sungai Klah,
35600 Sungkai,
Perak
Bandaraya Ipoh
Jika anda inginkan percutian yang lebih santai dan bebas, bandaraya Ipoh adalah destinasi pelancongan bandar yang mempunyai berbagai tarikan tersendiri. Ia sesuai dijadikan lokasi percutian keluarga atau bersendirian.
Selain itu, bandaraya ini juga mempunyai beberapa keistimewaan dan keunikan seperti koleksi lukisan mural yang terletak di dinding bangunan lama, bazar Memory Lane dan Gerbang Malam yang terletak di Jalan Tahwil Azhar serta menjamu selera di Restoran Nasi Ganja yang cukup terkenal. Untuk penginapan pula, banyak hotel boleh dipilih mengikut kesesuaian bajet anda
Belum Rainforest Resort
Jika anda pencinta alam semulajadi dan inginkan percutian yang menakjubkan, Belum Rainforest Resort yang terletak di Pulau Banding, Gerik adalah pilihan yang sempurna. Dengan suasana yang hening dan damai serta kehijauan hutan semulajadi dikelilingi tasik yang cantik, ia adalah lokasi paling menarik untuk anda beristirehat dan keluar dari kesibukan kota.
Aktiviti menarik yang boleh dilakukan disini ialah:
•Kayak dan kano disediakan untuk •menjelajahi pulau dan persekitarannya.
•Melawat Kampung Orang Asli di Kejar Hilir.
•Menyusur air terjun Ruok dengan bot.
•Memancing.
•Berkayak.
•Berbasikal.
•Perkhidmatan urutan.
•Pusat spa dan kesihatan.
•Melawat Kampung Orang Asli di Kejar Hilir.
•Menyusur air terjun Ruok dengan bot.
•Memancing.
•Berkayak.
•Berbasikal.
•Perkhidmatan urutan.
•Pusat spa dan kesihatan.
Alamat:
Belum Rainforest Resort
Pulau Banding,
33200 Gerik,
Perak
Belum Rainforest Resort
Pulau Banding,
33200 Gerik,
Perak
Harga:
Harga pakej penginapan dan aktiviti untuk 3h2m bermula dari RM560.
Harga pakej penginapan dan aktiviti untuk 3h2m bermula dari RM560.
Swiss-Garden Beach Resort, Damai Laut
Swiss-Garden Beach Resort Damai Laut ialah resort menarik yang terletak di Lumut, Perak. Ia terkenal kerana mempunyai padang golf sendiri yang pernah memenangi anugerah dan pengiktirafan. Resort yang cantik ini dikelilingi kehijauan hutan semulajadi yang cukup mendamaikan.
Bilik-bilik penginapan berhawa dingin sepenuhnya dan dilengkapi balkoni yang luas. Fasiliti seperti tv satelit, mini bar, pembuat teh/kopi dan bilik mandi dengan pancuran air panas disediakan bagi keselesaan tetamu.
Aktiviti menarik yang boleh dilakukan disini ialah:
•Gelanggang tennis
•Padang golf
•Memancing
•Billiard
•Pingpong
•Berkanu / Berkayak
•Menunggang kuda
•Kemudahan sukan air
•Sauna
•Gymnasium
•Pusat spa dan kesihatan
•Perkhidmatan urutan
•Tub mandian panas/jakuzi
•Kawasan pantai peribadi
•Bilik permainan
•Taman permainan kanak-kanak
•Karaoke
•Kelab kanak-kanak
•Padang golf
•Memancing
•Billiard
•Pingpong
•Berkanu / Berkayak
•Menunggang kuda
•Kemudahan sukan air
•Sauna
•Gymnasium
•Pusat spa dan kesihatan
•Perkhidmatan urutan
•Tub mandian panas/jakuzi
•Kawasan pantai peribadi
•Bilik permainan
•Taman permainan kanak-kanak
•Karaoke
•Kelab kanak-kanak
Alamat:
Swiss-Garden Beach Resort
Persiaran Swiss-Garden,
Jalan Damai Laut,
Teluk Senangin,
32200 Lumut,
Perak
Swiss-Garden Beach Resort
Persiaran Swiss-Garden,
Jalan Damai Laut,
Teluk Senangin,
32200 Lumut,
Perak
Harga:
Harga 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM268.
Harga 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM268.
Anjungan Beach Resort
Jika anda inginkan percutian yang lebih istimewa, Anjungan Beach Resort adalah lokasi yang cukup menarik di Pulau Pangkor untuk bercuti bersama orang tersayang. Ia adalah resort cantik yang menawarkan penginapan selesa dan menyeronokkan. Resort ini menggabungkan hiasan tropika dengan gaya kontemporari yang pasti memikat hati anda. Dengan kehijauan hutan semulajadi berhampiran dan hiasan lanskap yang cantik dalam kawasan resort, ia adalah destinasi sempurna untuk beristirehat menenangkan fikiran.
Kemudahan yang disediakan termasuk restoran, wifi percuma dan kemudahan bbq. Setiap bilik di Anjungan Beach Resort dilengkapi penghawa dingin, tv satelit, mini bar dan alat membuat teh/kopi. Bilik mandi pula mempunyai pancuran air panas dan alat pengering rambut. Pengunjung boleh bersantai di balkoni peribadi yang menawarkan pemandangan kolam renang atau taman. Untuk menikmati makanan pula, Gallery Café menyajikan sarapan tempatan dan barat yang pasti memenuhi citarasa anda.
Alamat:
Anjungan Beach Resort
6610 Nipah Bay,
32300 Pangkor,
Perak
Anjungan Beach Resort
6610 Nipah Bay,
32300 Pangkor,
Perak
Harga:
Harga bilik 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM268.
Harga bilik 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM268.
Coral Bay Resort
Coral Bay Resort ialah salah sebuah resort popular di Pulau Pangkor. Ia terletak berhampiran pantai Pasir Bogak. Resort ini dilengkapi dengan kolam renang, wifi percuma dan tempat meletak kereta. Bilik-bilik pula dilengkapi dengan penghawa dingin, tv, peti sejuk, pembuat teh/kopi dan bilik mandi peribadi dengan kemudahan pancuran mandian air panas.
Aktiviti menarik yang boleh dilakukan disini ialah:
•Memancing
•Berkayak
•Snorkeling
•Kemudahan sukan air
•Sauna
•Gymnasium
•Pusat spa dan kesihatan
•Perkhidmatan urutan
•Taman permainan kanak-kanak
•Kelab kanak-kanak
•Berkayak
•Snorkeling
•Kemudahan sukan air
•Sauna
•Gymnasium
•Pusat spa dan kesihatan
•Perkhidmatan urutan
•Taman permainan kanak-kanak
•Kelab kanak-kanak
Alamat:
Coral Bay Resort
Lot 34, Pantai Pasir Bogak,
32300 Pangkor,
Perak
Coral Bay Resort
Lot 34, Pantai Pasir Bogak,
32300 Pangkor,
Perak
Harga:
Harga bilik 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM170.
Harga bilik 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM170.
Vikri Beach Resort
Resort lain yang ada dikawasan pantai Pasir Bogak ialah Vikri Beach Resort. Ia terletak ditepi pantai dan tidak jauh dari kaki bukit. Resort ini menyediakan bilik-bilik berhawa dingin yang dilengkapi tv, meja dan kerusi serta bilik mandi. Sesetengah bilik mempunyai balkoni untuk pengunjung bersantai. Anda pasti merasa tenang dikelilingi kehijauan pokok-pokok hutan semulajadi dan juga pantai cantik yang hanya terletak diseberang jalan. Kemudahan lain yang disediakan termasuk bbq, restoran dan aktiviti sukan air.
Alamat:
Vikri Beach Resort
Lot 6 & 7, Pantai Pasir Bogak,
32300 Pangkor,
Perak
Vikri Beach Resort
Lot 6 & 7, Pantai Pasir Bogak,
32300 Pangkor,
Perak
Harga:
Harga bilik 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM130.
Harga bilik 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM130.
Puteri Bayu Beach Resort
Salah satu resort popular di Pulau Pangkor ialah Puteri Bayu Beach Resort. Ia menjadi pilihan ramai kerana lokasinya betul-betul ditepi Pantai Pasir Bogak. Jadi pelancong tidak perlu berjalan jauh untuk mandi laut, bersiar-siar ditepi pantai atau menikmati pemandangan menarik sambil minum petang.
Alamat:
Puteri Bayu Beach Resort
Pantai Pasir Bogak,
32300 Pangkor,
Perak
Puteri Bayu Beach Resort
Pantai Pasir Bogak,
32300 Pangkor,
Perak
Harga:
Harga bilik 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM140.
Harga chalet 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM250.
Harga bilik 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM140.
Harga chalet 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM250.
Nipah Bay Villa
Nipah Bay Villa ialah sebuah resort popular untuk percutian bajet di Pulau Pangkor. Ia terletak di Pantai Teluk Nipah. Resort ini menawarkan bilik penginapan ekonomi hingga ke villa keluarga. Fasiliti yang disediakan termasuk bilik berhawa dingin, perabot asas, tv, bilik mandi dengan kemudahan air panas, kemudahan bbq, cafe dan wifi percuma. Makanan tempatan dan antarabangsa turut disediakan di Nipah Bay Villa Sidewalk Café yang selesa.
Alamat:
Nipah Bay Villa
Lot 4442 & 4434, Teluk Nipah,
32300 Pangkor,
Perak
Nipah Bay Villa
Lot 4442 & 4434, Teluk Nipah,
32300 Pangkor,
Perak
Harga:
Harga bilik 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM80.
Harga chalet 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM130.
Harga bilik 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM80.
Harga chalet 1 malam untuk 2 orang bermula dari RM130.
No comments:
Post a Comment